Kopi Mahkota Dewa

Selasa, 28 Julai 2009

Kawan Adib nak tido..

kesian kan?

Mutiara kata untuk renungan...

1. Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untuk urusan keluarga dan anakmu
(sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah dsb), kerana jika mereka itu
adalah kekasih Allah, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan
kekasihNya, tetapi jika mereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan
segala usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?

2 Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara ;

1) Memikul sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada kekuatannya
2) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar
3) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada kesihatan yang baik

Ahad, 26 Julai 2009

Sajak dari kawan Adib..

Keinsafan diri

Ya Allah ya tuhanku
Ampunilah dosaku
Kau maha penyayang lagi maha pengampun
Kau yang menjadikan manusia dan makhluk
Aku leka dengan keseronokan
Hingga aku lupa dengan suruhanmu
Aku mohon redha dan rahmatmu

Ya Allah berikanlah aku hidayahmu
Aku insaf akan segala dosaku
Tunjukkan aku jalan lurusmu
Terangiku dalam setiap nafas hidupku
Ku tahu hanya kau tuhanku
Ya Allah aku mohon ampun.

Nor hazlinda 1 azam

Selasa, 21 Julai 2009

Cerita Adib hari ini - Si Tanggang

Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.

Pada suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan bahawa ibu dan bapanya sudah tiada.

Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya."

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Pengajaran;

1.Kita kena jadi anak yang soleh
2.Jangan lupa diri
3.Perbuatan derhaka pada ibu bapa akan mendapat balasan yang dahsyat dari Allah.

Renung-renungkan

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya bangun lambat sebab semalam tido lewat. cuma ari ni adib tak boleh nak masukkan gambar or video dalam blog sebab ibu saya dengan tidak sengajanya telah merosakkan laptop. Petang nanti baru abah saya nak repair..

Isnin, 20 Julai 2009

Kak Adrina, Abg Azim and Kak Sofea


Yang tunduk tu kak adrina, yang main handset tu abg azim, yang comel tu kak sofea. Mereka ni anak pak alang and mak alang saya. Mereka tinggal di seksyen 7 shah alam..Lupa nak cakap baby yang main kotak tu, kak izah.. yang baca paper, abah saya lah tu.

cik da dan mak alang saya



saya tak nak bergambar tapi kena paksa sebab tu saya nangis.Dua orang budak kat atas tu Pok man dan Pok su saya duk main buaian

saya suka



Abah saya duk buat lawaklah ni.

Abang faiz


Ini gambar abg faiz sedang memancing

Pak Teh dan Mok Teh Di Mekah


Ini gambar pak teh dan mak teh masa di mekah.

Sabtu, 18 Julai 2009

Ni gambar kat Airport nak hantar Mok Teh pi Umrah



budak laki yang besar tu namanya abg Faiz,akak yang pegang saya tu kak nana namanya..Yang jubah hitam tu, mak teh saya lah...pak teh saya yang dalam gambar atas tu.

Ini pula kakak sepupu saya nama dia Kak Izah


Kak Izah ni tinggal di Seri Kembangan. Ni gambar masa saya pergi umah dia semalam. Cantik tak kak izah ni?

Ini sepupu saya


Nama dia Mohd Darwis. Umur dia samalah dengan saya cuma saya 3 hari awal lahir dari dia

Abah dan Ibu Ku


Inilah abah dan ibu ku...kedua-duanya adalah pendidik