Kopi Mahkota Dewa

Selasa, 29 November 2011

Tenangkan hati yang resah gelisah



Kita sering tersilap cara untuk menenangkan hati dan jiwa yang resah gelisah. Kononnya kita damaikan jiwa kita dengan lagu-lagu melankonik, rock, dangdut (abah kot...hehe)dan apa-apa lagi lagu. Sedangkan sudah dinyatakan bahawa 'INGATKAN ALLAH, HATI PASTI MENJADI TENANG'. Sama-sama kita amalkan.

Isnin, 28 November 2011

Abah Adib jual aiskrim sedap....


Assalamualaikum semua...dah berapa hari adib tak update blog. Hari ni Adib nak bagi tahu yang Abah dah mula jual aiskrim kat kedai. Sedap sangat aiskrim tu!!! lembut sm mcm aiskrim McD. Sape nak dapat percuma like je post Adib ni, pahtu datanglah kedai Abah Adib ye...hehehe

psst..kak anis dan darwish, mari aah kita makan aiskrim..adib blanje..

Rabu, 23 November 2011

Video Adib Hari ni - Munajat Keampunan-



Kadang-kadang kita terleka dan terlupa. Semoga kita mendapat keampunan dariNYA

Selasa, 22 November 2011

Rindu Muhammadku - Haddad Alwi, Anti & Vita



Assalamualaikum semua. Jom ikut adib & lala nyanyi sama-sama. Semoga kecintaan kita kepada Rasul Junjungan semakin mendalam

Ahad, 20 November 2011

Patut ke Adib cakap abahnya macam....


GOPAL dalam cerita BOOBOIBOY..

Adib selalu juga tgk BOBOIBOY..pahtu hari ni Adib keluarkan satu dialog lebih kurang macam ni "kata adib : adib = BoBoiBoy...lala (adiknya) = Yaya...ibu = Meimei .....tiba-tiba...ABAH = GOPAL!!!!!....(kah..kah..kah...sebijik macam GOPAL)

Khamis, 17 November 2011

Rabu, 16 November 2011

Rileks Jap...



Ada bakat dua orang ni

Selasa, 15 November 2011

Kesian sepupu Adib ( Darwish)


Baru-baru ni Darwish demam kuat. Abi dia htr ke hospital kerajaan tapi sangat mengecewakan dengan respon doktor yang bertugas. Doktor tu kata darwish tak apa-apa. lps tu Aibnya htr kat An-Nur Hospital Bangi. Selepas diambil darah (tgk tangan Darwish tu), doktor kata darwish terlebih darah putih (keturunan mahsuri kot..hihi). Yang paling tak tahannya, darwish mengidam nak makan roti canai, macam orang mengandung lak..Sekarang ni darwish dah sihat. Adib doakan Darwish sentiasa sihat sampai bila2..

* cuti sekolah ni Adib nak gi umah Darwish..

Sekolah Baru Abah Adib



TAHNIAH!


NAMA :ZALIADI BIN MOHAMAD
NO KP :770111115435
PPD :PPD PETALING UTAMA
KOD SEKOLAH :BBB8305
NAMA SEKOLAH :SK KAMPUNG TUNKU

ALAMAT SEKOLAH:

JALAN SS 1/11,
47300
PETALING JAYA
SELANGOR

TELEFON SEKOLAH:0378769050




** Surat penempatan boleh diambil di JPN masing-masing.
** Penempatan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 dan keputusan adalah muktamad. Tiada rayuan. Harap Maklum.


# setelah hampir 6 tahun mengajar di Kuala Lumpur (SKYL 1, dan SKBD), akhirnya Abah Adib dapat bertukar ke negeri Selangor.

Ahad, 13 November 2011

Cerita Adib Hari Ini: Abah dapat pindah ke Selangor..yeaa!!


Abah Adih suka sangat bila result tukar ke selangor diluluskan. Hujung tahun depan, blhlah Abah dan Ibu minta pindah Puncak Alam. Insyaallah awal 2013 rumah Adib kat sana dah siap.

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri
bagi Sekolah Rendah dan Menengah


No. KP : 770111115435
ZALIADI BIN MOHAMAD
Bagi Sesi : JANUARI 2012


TAHNIAH

Permohonan pertukaran anda ke Selangor diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
Sila pastikan anda telah menerima surat kelulusan pertukaran dari
Jabatan yang berkaitan sebelum melaporkan diri di sekolah baru.

Sabtu, 5 November 2011

Takbir Hari Raya Aidiladha

Salam Pengorbanan


Adib mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eiduladha kepada semua, semoga ibadat korban yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t. Tahun ni adib dan keluarga sekali lagi beraya di kl.

Jumaat, 4 November 2011

Abah Adib, Abi Awis..Y


Sebenarnya Abah Adib dgn Abi Awis adalah saudara kembar. Mereka lahir pada 11 januari 1977. Abah adib sekarang ni seorang guru, abi awis pula seorang kaunselor di UPM sekarang

Adib bersama sepupu sepapa


Gambar ni masa hari lahir LALA. Yang tengah tu kak anis, sebelah kiri tu darwis dan saya yang paling montel..hihi. Saya dengan Darwis sama umur, beza 2 hari je..kami tak leh duduk dekat2, nanti ada yg nangis kena gigit or kena tolak..biasalah budak2 katakan..


Yang paling besar lak, cik da saya..yang dia pegang tu adik saya LALA..gambar ni kat umah ayohlong saya.

Khamis, 3 November 2011

Adib Jenguk Blog Kak Cik Epal


Adib dengar citer blog kak cik epal ni top, so hari ni adib jenguk-jenguklah. Cantik blog ni..Kata orang lagi kak cik epal ni banyak dapat payment bulan2 daripada nufnang..Lepas ni bolehlah kak cik epal ajar adib nak dapat duit banyak ye..nanti boleh adib beli susu untuk adib dan lala banyak2. Harap Kak cik epal link kan lah blog adib ni nanti ye..

Rabu, 2 November 2011

Air Tangan Ibu..



Sememangnya air tangan seorang ibu boleh menyebabkan anak-anaknya tak terkata ketika makan. Lihat adib dan adiknya lala (gambar). Kerana kesedapan coklat yang dibuat sendiri oleh ibunya, hampir separuh muka dimekap dengan coklat..

* teringat beka ubi arwah ibu..