Kopi Mahkota Dewa

Sabtu, 29 Oktober 2011

abg adib karaoke

Jumaat, 28 Oktober 2011

bercuti di sungai besar

Di kolam air masin


Ikan besar yang hampir-hampir bnak makan umpan abah,akhirnya lari kerana terkejut dgn gangguan adib. Memang nasib abah tak baik..

Ahad, 23 Oktober 2011

Sabtu, 22 Oktober 2011

Adib sokong Ganu Kite..



Akhirnya terengganu layak melangkah ke final piala Malaysia setelah hampir 10 tahun menunggu. Jaringan Manaf Mamat dan Saha menjadi pemusnah kepada Selangaor yang ingin mencatat rekod ke 33. TahniahTerengganu

Khamis, 20 Oktober 2011

Berkongsi pengajaran




22 tanda hari kiamat semakin hampir :

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Sabtu, 15 Oktober 2011

bukan kedekut, tapi takut tak cukup!!!


Abg adib bukannya tak nak bagi kat lala, cuma takut tak cukup. Dah lah sedap, abah beli sikit pulak tu. Lain kali abah kena beli banyak sikit

Jumaat, 14 Oktober 2011

Hari lahir LALA yang ke 1 tahun



LALA (panggilan abg adib kepada adiknya)telah menyambut ulang tahun kelahiran yg ke 1 tahun di rumah ayohlong dan moklong di Salak Tinggi. LALA telah dilahirkan di HUKM pada 21 April 2010. Sekarang ni adib dan lala dah ada 2 orang sepupu(Kak anis & darwis)dan insyaallah awal tahun depan bertambah seorang lagi. *yang baju kuning kak anis, darwis baju merah

AKHIRNYA!!!!!


Assalaimualaikum..Alhamdullilah setelah hampir setahun blog ini tak dapat diupdate, akhirnya hari ini abah adib dapat juga berbuat demikian. Masalah hilang ingatan terhadap username dan password selesai setelah tanpa sengaja terbetul masukkan username dan password. Bersyukur kepada-NYA kerana telah mengembalikan ingatan kepada hamba-MU ini. Di kesempatan disertakan gambar anak kedua,adik kepada muhamad adib seorang puteri kurniaan Illahi untuk tatapan semua. Nama puteri ini ialah NURUL HUMAIRAH