Kopi Mahkota Dewa

Ahad, 13 November 2011

Cerita Adib Hari Ini: Abah dapat pindah ke Selangor..yeaa!!


Abah Adih suka sangat bila result tukar ke selangor diluluskan. Hujung tahun depan, blhlah Abah dan Ibu minta pindah Puncak Alam. Insyaallah awal 2013 rumah Adib kat sana dah siap.

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri
bagi Sekolah Rendah dan Menengah


No. KP : 770111115435
ZALIADI BIN MOHAMAD
Bagi Sesi : JANUARI 2012


TAHNIAH

Permohonan pertukaran anda ke Selangor diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
Sila pastikan anda telah menerima surat kelulusan pertukaran dari
Jabatan yang berkaitan sebelum melaporkan diri di sekolah baru.

Sabtu, 5 November 2011

Takbir Hari Raya Aidiladha

Salam Pengorbanan


Adib mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eiduladha kepada semua, semoga ibadat korban yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t. Tahun ni adib dan keluarga sekali lagi beraya di kl.

Jumaat, 4 November 2011

Abah Adib, Abi Awis..Y


Sebenarnya Abah Adib dgn Abi Awis adalah saudara kembar. Mereka lahir pada 11 januari 1977. Abah adib sekarang ni seorang guru, abi awis pula seorang kaunselor di UPM sekarang

Adib bersama sepupu sepapa


Gambar ni masa hari lahir LALA. Yang tengah tu kak anis, sebelah kiri tu darwis dan saya yang paling montel..hihi. Saya dengan Darwis sama umur, beza 2 hari je..kami tak leh duduk dekat2, nanti ada yg nangis kena gigit or kena tolak..biasalah budak2 katakan..


Yang paling besar lak, cik da saya..yang dia pegang tu adik saya LALA..gambar ni kat umah ayohlong saya.

Khamis, 3 November 2011

Adib Jenguk Blog Kak Cik Epal


Adib dengar citer blog kak cik epal ni top, so hari ni adib jenguk-jenguklah. Cantik blog ni..Kata orang lagi kak cik epal ni banyak dapat payment bulan2 daripada nufnang..Lepas ni bolehlah kak cik epal ajar adib nak dapat duit banyak ye..nanti boleh adib beli susu untuk adib dan lala banyak2. Harap Kak cik epal link kan lah blog adib ni nanti ye..

Rabu, 2 November 2011

Air Tangan Ibu..



Sememangnya air tangan seorang ibu boleh menyebabkan anak-anaknya tak terkata ketika makan. Lihat adib dan adiknya lala (gambar). Kerana kesedapan coklat yang dibuat sendiri oleh ibunya, hampir separuh muka dimekap dengan coklat..

* teringat beka ubi arwah ibu..